Saya adalah salah seorang dari 50 orang pembeli rumah (dari 240 unit) apartment kos sederhana Selaseh Cemerlang, Gombak. Saya telah beli apartment ini sejak tahun 2009 dan dijangka siap pada tahun 2011. Ternyata sehingga kini baru siap 60%. Pelbagai cara telah digunakan untuk memastikan projek ini siap:
1. membawa pemaju ke mahkamah untuk winding up dan meminta pihak ketiga untuk menyiapkan projek ini (white knight). Semasa kes mahkamah itu telah ada pun white knight yang sanggup siapkan apartmen ini. (pada tahun 2015)
2. menulis surat kepada KPKT untuk membuat perjumpaan dengan pemaju perumahan tetapi sehingga kini gagal (2016, 2017 dan 2018)
3. Berjumpa dgn ADUN Gombak untuk membantu mempercepatkan proses menyiapkan apartmen ini tetapi setelah dua pertemuan tiada apa-apa progress (2017 dan 2018)
Pemaju telah menuntut bayaran pada tahun 2016 atas progress kerja tetapi setelah disemak oleh LPPSA ternyata tiada progress kerja mengikut laporan arkitek, oleh itu LPPSA enggan membayar bayaran yang dituntut. Pemaju mengugut untuk membatalkan S&P jika gagal berbuat demikian. Saya telah pun menghantar surat kepada pemaju melalui peguam yang dilantik tetapi tiada maklumbalas dari pemaju sehingga sekarang.
Saya seorang ibu tunggal, mengidap penyakit kanser payudara dan akan bersara pada tahun ini, sehingga sekarang jika apartmen tidak siap, saya tidak tahu mana nak tinggal. Sejak tahun 2017, gaji telah dipotong untuk membayar pinjaman perumahan RM1500 sebulan. Saya sekarang terpaksa menyewa rumah dan membayar pinjaman perumahan dan perlu peruntukan untuk membayar kos perubatan penyakit sakit. saya sangat terbeban dengan masalah rumah ini yang masih terbengkalai.
Baru2 ini kami difahamkan terdapat masalah teknikal mengenai sistem pembentungan. Tapak pembentungan yang disiapkan mendapat bantahan dari penduduk setempat. Ini merupakan masalah teknikal yang sepatutnya pemaju selesaikan lebih awal lagi sebelum pembinaan.
Saya memohon bantuan TV3 untuk highlight dalam ruang aduan rakyat supaya tindakan diambil segera kepada pemaju. Kami sebagai pembeli telah cukup menderita untuk menunggu apartmen ini siap.
Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak TV3 atas kesudian untuk highlight masalah rakyat ini ke pihak KPKT dan ADUN serta MP setempat.
Disertakan gambar apartmen yang semakin uzur dan lusuh
Terima kasih
The post Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun appeared first on Aduan Rakyat Online.