
Saya adalah salah seorang pembeli Prima Rantau, ingin membuat aduan tentang PR1MA Rantau yg dijanjikan oleh KPKT & PR1MA akan siap May 2020.
Berdasarkan pemantauan yg dibuat oleh pembeli-pembeli PR1MA Rantau, tidak banyak perubahan yang berlaku selepas lawatan tapak oleh pihak menteri KPKT YB ZURAIDA pada MAC/APRIL tahun ini.
Hasil pemantauan dan juga kami menghubungi pihak kontraktor, mereka mengatakan bahawa mereke belum mendapat bayaran kemajuan (progress claim) dari pihak PR1MA. Ini menyukarkan pihak mereka untuk meneruskan projek ini.
Kami memerlukan bantuan pihak tuan dalam hal ini. Ini kerana rata-rata semua pembeli sudah mula membayar bayaran kemajuan ke pihak bank, ada juga yang sudah mula membayar 100% untuk bayaran bulanan (peminjam LPPSA, kakitangan kerajaan). Bank telah menyalurkan progress payment, tapi kemanakah duit itu pergi? kenapa tidak disalurkan terus pada kontraktor. Kalau duit disalurkan pada kontraktor maka masalah kelewatan tidak akan timbul sama sekali.
Menteri KPKT berjanji untuk menyiapkan projek pada MAY 2020 sebelum PRK Rantau tempoh hari, tetapi selepas PRK, semua hanya senyap membisu, adakah projek ini juga ingin dipolitikkan? Kami berharap pihak tuan boleh membantu menyelesakan masalah ini.
Sumber gambar: FMT
The post Aduan Kelewatan Projek Prima Rantau appeared first on Aduan Rakyat Online.