
Bulan Ogos hampir ke penghujung, tetapi tiada langsung dilihat aktiviti mahupun papan tanda yang pembinaan flyover ini akan bermula.
Antara intipati pembinaan flyover di Bandar Saujana Puta yang dihadiri MB Selangor:
- Tender: April hingga 31 Mei 2019
- Pemilihan kontraktor: Jun 2019
- Kerja-kerja pembinaan: Julai 2019
- Pembinaan akan bermula dari kawasan MDKL ke LLM
- Tamat dijangka siap: Tahun 2021
- Kos Pembinaan: RM60 juta
Dari Wikipedia, jumlah penduduk Bandar Saujana Putra telah mencecah 65,000.
Keadaan lalulintas di waktu kemuncak adalah pada tahap yang amat teruk sekali, memandangkan hanya satu sahaja jalan keluar-masuk ke/dari Bandar Saujana Putra.
Kebanyakan penduduk Bandar Saujana Putra tidak rasakan pembinaan flyover yang dicadangkan ini dapat menyesaikan masalah kesesakan, kerana kenderaan dari ke/dari SKVE/ELITE masih juga satu sahaja.
Penduduk Bandar Saujana Putra mahukan penambahan jalan keluar-masuk ke/dari SKVE/ELITE diadakan, walaupun cadangan untuk penambahan ini belum dibuat secara rasmi.
Penduduk Bandar Saujana Putra memohon pihak Aduan Rakyat dapat membantu agar pihak berwajib tidak lagi berdolak-dalih, tidak lagi menabur janji manis dan tidak lagi hanya memberi alasan-alasan dalam menyesaikan masalah ini yang kini dirasai seolah-olah tidak ada penghujungnya.
Terima kasih.
The post Pembinaan ‘Flyover’ di Bandar Saujana Putra appeared first on Aduan Rakyat Online.