
Assalamualaikum w.b.t
Nama saya Nursyahila dan saya ingin membuat aduan tentang sop semasa klinik gigi kerajaan.
Prosedur terbaru klinik gigi kerajaan bagi pendapat saya tidak masuk akal dan membuang masa. Sebagai contoh, baru-baru ini saya ingin membuat rawatan tahunan di klinik gigi kerajaan. Selepas pemeriksaan, saya memerlukan 2 tampalan gigi dan 1scaling. Kemudian, saya dimaklumkan bahawa untuk satu hari, pesakit dibenarkan untuk membuat 1rawatan sahaja. Ini bermakna, saya terpaksa membazirkan waktu bekerja saya untuk 3 hari untuk 3rawatan.
Saya faham sop terbaru ini dilaksanakan mungkin disebabkan terdapat aduan daripada pesakit lain di mana mereka telah membuat pendaftaran, tetapi tidak berkesempatan utk membuat rawatan pada hari tersebut (sama ada waktu bekerja telah tamat/disebabkan pesakit datang lewat) kerana setiap pesakit terdahulu memerlukan masa yang agak lama utk menghabiskan 2@3 rawatan utk 1 masa sebelum pesakit seterusnya dipanggil.
Bagi saya ini tidak menjadi masalah kerana sekiranya mereka benar-benar memerlukan rawatan pada hari tersebut, apa yang mereka perlu lakukan hanyalah dengan memperuntukan masa mereka untuk datang lebih awal ke klinik gigi.
Ini tidak adil bagi mereka yang telah datang lebih awal untuk membuat rawatan tetapi dimaklumkan bahawa mereka perlu datang 1@2 kali lagi ke klinik gigi untuk meneruskan rawatan. Sop terbaru ini amat tidak masuk akal sebab kami telah mengambil masa untuk datang lebih awal tetapi harus membazir masa bekerja di pejabat utk keluar ke klinik gigi lantas menyebabkan tugasan harian terganggu untuk 2-3hari padahal semua ini boleh disiapkan pada satu hari.
Saya berharap perkara ini boleh diketengahkan kerana saya yakin bukan saya seorang sahaja yang berpendapat seperti ini. Bagi saya sop lama tidak ada sebarang masalah dan pesakit tidak boleh menyalahkan doktor gigi kerana mereka hanyalah menjalankan tugas mereka. Sekiranya pesakit benar-benar mahukan rawatan, mereka sepatutnya mengambil ikhtihar utk keluar lebih awal ke klinik gigi atau mengambil cuti satu hari (DAN DATANG AWAL) ke klinik bagi memastikan mereka mendapat rawatan pada hari tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada aduanrakyat3.0 kerana mewujudkan platform ini kepada rakyat dan saya berharap agar perkara ini diambil perhatian bagi pihak tuan untuk mencari kata putus untuk isu ini.
Sekian.
Nursyahila
The post Aduan SOP Semasa Klinik Gigi Kerajaan appeared first on Aduan Rakyat Online.