Salam sehjatera,
Saya ingin membuat aduan mengenai satu kedai dengan papan tanda ‘P**K P****’ yang disyaki menjalani kegiatian maksiat.
Pada tengah hari ini, semasa saya tengah tunggu kereta saya siap untuk service di satu bengkel dekat the strand kota damansara, saya nampak berapa perempuan yang berpakaian seksi turun dari kedai sebelah bengkel, saya diberitahu pekerja bengkel bahawa atas kedai adalah satu rumah pelacuran warga asing yang sudah beroperasi lama semenjak berapa tahun lalu.
BACA: Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun
Saya memang hairan kenapa kegiatan maksiat ini boleh beroperasi begitu lama tanpa disedari oleh polis. Saya juga diberitahu bahawa semua pelacur warga asing ini dipaksa kerja dan tinggal di atas kedai, mereka juga singgah di malaysia tanpa pas yang sah.
Saya sebagai seorang yang beragama islam yang tinggal di kota damansara berharap polis and pihak imigresen boleh menyiasat dan menghapuskan kegiatan maksiat ini secepat mungkin.
Terima Kasih
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan
The post Aduan Mengenai Kegiatan Pelacuran di Kota Damansara first appeared on Aduan Rakyat.