Quantcast
Channel: Aduan Rakyat
Viewing all 223 articles
Browse latest View live

Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun

$
0
0

Saya adalah salah seorang dari 50 orang pembeli rumah (dari 240 unit) apartment  kos sederhana Selaseh Cemerlang, Gombak. Saya telah beli apartment ini sejak tahun 2009 dan dijangka siap pada tahun 2011. Ternyata sehingga kini baru siap 60%. Pelbagai cara telah digunakan untuk memastikan projek ini siap:

1. membawa pemaju ke mahkamah untuk winding up dan meminta pihak ketiga untuk menyiapkan projek ini (white knight). Semasa kes mahkamah itu telah ada pun white knight yang sanggup siapkan apartmen ini. (pada tahun 2015)

2. menulis surat kepada KPKT untuk membuat perjumpaan dengan pemaju perumahan tetapi sehingga kini gagal (2016, 2017 dan 2018)

3. Berjumpa dgn ADUN Gombak untuk membantu mempercepatkan proses menyiapkan apartmen ini tetapi setelah dua pertemuan tiada apa-apa progress (2017 dan 2018)

Pemaju telah menuntut bayaran pada tahun 2016 atas progress kerja tetapi setelah disemak oleh LPPSA ternyata tiada progress kerja mengikut laporan arkitek, oleh itu LPPSA enggan membayar bayaran yang dituntut. Pemaju mengugut untuk membatalkan S&P jika gagal berbuat demikian. Saya telah pun menghantar surat kepada pemaju melalui peguam yang dilantik tetapi tiada maklumbalas dari pemaju sehingga sekarang.

Saya seorang ibu tunggal, mengidap penyakit kanser payudara dan akan bersara pada tahun ini, sehingga sekarang jika apartmen tidak siap, saya tidak tahu mana nak tinggal. Sejak tahun 2017, gaji telah dipotong untuk membayar pinjaman perumahan RM1500 sebulan. Saya sekarang terpaksa menyewa rumah dan membayar pinjaman perumahan dan perlu peruntukan untuk membayar kos perubatan penyakit sakit. saya sangat terbeban dengan masalah rumah ini yang masih terbengkalai.

Baru2 ini kami difahamkan terdapat masalah teknikal mengenai sistem pembentungan. Tapak pembentungan yang disiapkan mendapat bantahan dari penduduk setempat. Ini merupakan masalah teknikal yang sepatutnya pemaju selesaikan lebih awal lagi sebelum pembinaan.

Saya memohon bantuan TV3 untuk highlight dalam ruang aduan rakyat supaya tindakan diambil segera kepada pemaju. Kami sebagai pembeli telah cukup menderita untuk menunggu apartmen ini siap.

Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak TV3 atas kesudian untuk highlight masalah rakyat ini ke pihak KPKT dan ADUN serta MP setempat.

Disertakan gambar apartmen yang semakin uzur dan lusuh

Terima kasih

The post Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun appeared first on Aduan Rakyat Online.


Adakah Majikan Bukan Islam Menghormati Perlembagaan dan Tidak Rasis?

$
0
0

Assalamuallaikum, saya selaku wakil rakyat Malaysia yang beragama islam dan bumiputera ingin memohon pihak TV3 dan kakitangan aduan rakyat untuk membuat tinjauan berkenaan tajuk yang saya nyatakan seperti di atas.

Untuk makluman tuan, adakah benar majikan terutama dalam sektor swasta menghormati perlembagaan Malaysia iaitu agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Jika tuan merasakan bahawa majikan bukan islam dalam khalangan sektor swasta sangat menghormati perlembagaan Malaysia, terdapat beberapa pertanyaan yang ingin saya kemukakan kepada pihak tuan iaitu :

1. Adakah adil bagi pemohon pekerjaan bila mana majikan dalam kalangan bukan Islam meletakkan syarat jika “Kebolehan bercakap mandarin diberi keutamaan”, adakah dengan meletakkan syarat sebegini bererti majikan bukan Islam menghormati bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan?

2. Adakah adil bila mana para siswa dan siswazah bumiputera yang baru habis belajar tidak kira sama ada baru tamat diploma ataupun ijazah atau lebih tinggi dibayar gaji tidak mengikut taraf pendidikan mereka disebabkan faktor pengalaman?

Rata-rata saya melihat majikan bukan islam memberi gaji minimum kepada para siswa dan siswazah bumiputera yang baru tamat belajar disebabkn faktor pengalaman tetapi jika kepada bangsa mereka sendiri walaupun seseorang dari bangsa mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan tiada pengalaman, para majikan bukan islam ini akan memberi gaji yang lebih tinggi kepada bangsa mereka walaupun kakitangan mereka yang bukan bumiputera itu hanya mempunyai sijil SPM sahaja tetapi gaji permulaan yang diberi lebih tinggi daripada pekerja bumiputera yang mempunyai Diploma mahupun Ijazah.

Itu belum dikira soal masuk dan balik kerja serta rehat. Jika kepada kakitangan bumiputera, jika waktu rehat yang diperuntukan dari jam 1.00 tengahari sehingga jam 2.00 petang. Itulah waktu yang perlu mereka patuhi. Jika mereka keluar awal sebelum waktu rehat atau masuk lewat selepas waktu rehat, manager atau bos mereka dari khalangan bukan islam akan mula membebel kepada mereka sebaliknya berlaku kepada kakitangan daripada bangsa mereka sendiri iaitu bos2 mereka langsung tidak memarahi jika kakitangannya datang kerja lambat, balik kerja awal dan mengambil masa yang lama untuk rehat iaitu keluar rehat pada jam 12.00 atau 1.00 tengahari tapi masuk rehat dalam lingkungan waktu jam 2.00 atau 3.00 petang. Adakah ini adil kepada pekerja2 bumiputera dalam sektor swasta? bukankah ini dikatakan sebagai diskriminasi kaum?

Isu bonus tahunan jugak boleh dikatakan isu yang tidak adil kepada pekerja bumiputera yang bekerja dalam sektor swasta dibawah majikan bukan islam.

3. Setiap tahun pastinya pihak majikan bukan islam akan mengadakan annual dinner bersama-sama kakitangan mereka, tidak di nafikan bahawa majikan yang keluarkan duit untuk menaja bagi sesuatu annual dinner yang diadakan dan para majikan turut meminta pihak pengurusan restoran untuk menyediakan makanan atau minuman yang haram bagi kakitangan yang beragama islam dalam annual dinner mereka tersebut. Adakah hal seperti ini tuan ingin katakan bahawa mereka menghormati agama islam sebagai agama kebangsaan? Jika benar mereka menghormati agama islam sebagai agama rasmi, pastinya mereka tidak akan menyediakan makanan atau minuman yang haram dalam annual dinner mereka tersebut sebagai tanda menghormati kakitangan mereka yang beragama islam.

Saya memohon pihak kerajaan untuk masuk campur dan membuat undang-undang baru yang wajib untuk dipatuhi oleh semua majikan-majikan bukan islam.

Jika pihak tuan benar-benar ingin menbantu rakyat, saya minta agar pihak tuan dapat untuk keluarkan isu ini dalam TV3 untuk makluman seluruh warga Malaysia. terima kasih.

The post Adakah Majikan Bukan Islam Menghormati Perlembagaan dan Tidak Rasis? appeared first on Aduan Rakyat Online.

Masalah Gangguan Bekalan Air Yang Berterusan di Raub

$
0
0

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana menyediakan platform kepada kami golongan rakyat untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan hati kami.

Masalah yang ingin saya sampaikan ini sebenarnya telah berlarutan agak lama iaitu lebih dari 3 tahun sehingga ke hari ini masih belum diselesaikan iaitu masalah bekalan air paip di Daerah Raub yang sentiasa terputus-putus terutamanya di musim hujan.

Aduan saya ini sebenarnya lebih menjurus kepada keadaan yang berlaku kepada para pelajar yang tinggal di Asrama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub  Pahang. 

Saya selaku salah seorang penjaga kepada pelajar-pelajar berkenaan berasa amat tertekan dan sedih melihatkan keadaan anak-anak ini yang menghadapi masalah setiap kali bekalan air ke asrama mereka terputus yang mana masalah terputus bekalan ini sangat kerap berlaku. Bayangkan keadaan anak-anak yang penat-penat pulang belajar terpaksa berpanas dan berpeluh tidak dapat peluang untuk mandi kerana air tidak ada dan air yang ada terpaksa dicatu bagi kegunaan berwuduk dan bersuci. Bayangkan keadaan anak-anak ini yang ada masanya terpaksa berulang-ulang memakai pakaian yang tidak berbasuh berhari-hari kerana tiada bekalan air untuk mencuci. Bagi para pelajar yang ibu bapanya tinggal berhampiran boleh lah datang melawat dihujung minggu mengambil dan mengganti pakaian bersih yang baru. Tapi bagaimana dengan anak-anak yang ibu bapanya tinggal jauh, bayangkan keadaan mereka.

Anak-anak ini datang untuk menuntut ilmu. mereka ini lah bakal pemimpin kita di masa hadapan. jangan kerana permasalahan ini, motivasil serta keinginan anak-anak ini untuk belajar dan menuntut  ilmu jatuh.

Saya telah berbincang dan bertanyakan masalah ini kepada pihak yang berkenaan di Sekolah dan saya telah dimaklumkan bahawa perkara ini telahpun diadukan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Wakil Rakyat & PAIP Raub, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut beliau, jawapan yang diberikan adalah masalah “Loji”. Apabila hujan turun dengan lebat, loji terpaksa ditutup kerana air menjadi keruh dan bekalan air terpakda diputuskan. Tapi yang menjadi kemusykilan saya di sini,  tiadakah tindakan pembetulan / pemulihan oleh pihak PAIP Raub kerana masalah ini adalah masalah yang berulang-ulang. Sepatutnya pihak berkenaan telah bersedia dengan “Back up Plan” sekiranya keadaan sama berlaku. Contohnya membina tangki bekalan air bersih bagi kegunaan dikala darurat seperti masa air sungai keruh. Dalam kehidupan  kita seharian pun ada pelan dikala darurat.. mustahil satu jabatan yang besar tidak ada.

Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak TV3 dapat menyiasat hal ini dan jangan biarkan permasalahan ini berlarutan hingga menjejaskan anak-anak yang tak berdosa.

sekian terima kasih.

The post Masalah Gangguan Bekalan Air Yang Berterusan di Raub appeared first on Aduan Rakyat Online.

Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Kualiti Sangat Teruk

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pihak aduan rakyat. Saya adalah salah seorang pembeli bagi Projek Perumahan Taman Meru Suria, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Projek tersebut adalah usahasama antara Pebadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan syarikat pemaju Chempaka Majujaya Sdn Bhd.

Projek ini dilancarkan pada bulan Mei 2016. Mengikut SNP, pihak pemaju sepatutnya menyerahkan Milikan Kosong selewat-lewatnya pada Mei 2018.

Namun, hanya pada bulan Ogos 2018, milikan kosong diserahkan kepada pembeli. Selepas mendapat kunci, para pemilik rumah hampa disebabkan bekalan Air dan Elektrik masih belum disediakan oleh pihak pemaju.

Bukan hanya sekadar tiada bekalan air dan elektrik, pemilik rumah sekali lagi dihampakan oleh pihak pemaju disebabkan oleh kualiti binaan yang teruk dan tidak mengikut speksifikasi yang dinyatakan di dalam SNP.

Hanya pada bulan oktober 2018, barulah bekalan air dan elektrik berjaya dimasukkan.

Sehingga ke hari ini, pihak PKNP dan pemaju masih berdolak dalih dan belum membayar tuntutan LAD kepada para pembeli.Aduan kerosakan juga telah dihantar kepada pihak pemaju, namun sehingga ke hari ini masih belum dibaiki.

Saya sangat berharap pihak aduan rakyat boleh membantu kami menyelesaikan masalah ini.

The post Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Kualiti Sangat Teruk appeared first on Aduan Rakyat Online.

Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda

$
0
0

Saya Abu Bakar, wakil penduduk Pangsapuri Damai Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam memohon pihak Aduan Rakyat untuk membawa masalah kami lebih kedepan.

Masalah pembakaran dikawasan berhampiran kediaman kami telah berlajutan sangat lama, wakil penduduk juga telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga aduan ke Twitter milik ADUN kawasan Shah Alam namun tiada tindakan yang dilakukan.

Kami sangat terkesan dengan masalah ini, gangguan asap dan udara yang tidak sihat ini sangat membimbangkan penduduk. Ramai penduduk yang mengalami batuk dan deman yang kerap, mana tidaknya apabila kami bangun pagi asap sudah memenuhi seluruh ruang rumah kami.

Dari apa yang kami lihat, pembakaran berpunca dari kawasan pembuangan sampah atau pusat kitar semula bahan terbuang.

Kami percaya mereka mula melakukan pembakaran pada setiap tengah malam.Lampiran yang diberikan adalah pemandangan setiap pagi dikawasan berkenaan dan gambar tersebut diambil pada 28 Januari 2019.

Mohon pihak Aduan Rakyat dapat membantu kami supaya masalah ini dipandang serius oleh pihak berwajib.Terima Kasih.

The post Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda appeared first on Aduan Rakyat Online.

Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkalai

$
0
0

Saya adalah salah seorang dari 78 orang pembeli rumah Projek perumahan “Fortune Park” di Serian, Sarawak yang sepatutnya siap November tahun 2016 hingga kini masih lagi belum diserahkan kepada pihak saya dan pembeli-pembeli lain memandangkan projek tersebut menghadapi pelbagai masalah di antara pemaju (KNK Development Sdn Bhd) dan pemilik tanah (Sumbangan Aneka Sdn Bhd) sehinggakan melibatkan kes ni dibawa ke Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Kes ini tidak terhenti disitu sahaja, apabila pihak pemaju telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 2018. Sehingga kini saya dan pembeli-pembeli lain masih tidak tahu apa keputusan rasmi selepas rayuan bersidang pada pertengahan 2018. Ada yang mengatakan pihak pemaju menang kes rayuan mereka. Persoalannya, sekiranya pihak pemaju berjaya dalam kes rayuan mereka tersebut, mengapa projek perumahan ini tidak diteruskan lagi. Kini hampir 3 Tahun, penyerahan masih belum lagi dibuat dan projek terbengkalai sehingga tiada apa-apa status dari pihak pemaju.

Sampai bila saya harus menunggu dan menuntut hak saya sebagai pembeli walaupun potongan gaji dan bayaran bulanan pinjaman tetap dibayar sejak ogos tahun 2015 lagi (anggaran RM1,000 hingga RM 2,000 sebulan) sedangkan rumah yang dibeli masih terbengkalai sehingga kini dan potongan gaji bulanan saya sebanyak RM1829.16. Pelbagai aduan, laporan dan panggilan bagi mendapatkan penjelasan kepada pihak pemaju sering kali MENDUKACITAKAN saya yang tidak diambil endah, sehinggakan saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas, keputusan mahupun status terkini projek perumahan tersebut.  Pihak kami terpaksa juga memohon Surat Pengesahan Projek Perumahan Bermasalah/Terbengkalai kepada KPKT Sarawak agar kadar faedah bayaran bulanan pinjaman bank/LPPSA dapat dikurangkan.

Aduan kepada pihak TRIBUNAL Perumahan Sarawak tidak dapat diteruskan memandangkan penyerahan hak milik rumah tersebut kepada pembeli masih belum dibuat. Peratusan “Claim” kepada pihak kerajaan mengenai status kemajuan pembinaan terkini pun telah mencapai 95%, tetapi pemaju masih gagal meneruskan projek ini. Persoalan ini juga timbul mengenai Pemantauan/Pembayaran/Penguatkuasaan oleh LPPSA  kepada pemaju, bagaimana pembayaran dibuat sedangkan projek pembangunan langsung tidak mencapai 50-60% siap dalam projek (dilihat mata kasar) tersebut sedangkan 95% pembayaran oleh LPPSA telah dibuat kepada pemaju (sila rujukan peratusan pembayaran yang telah dibuat LPPSA). Adakah LPPSA hanya bersandarkan pada dokumen tuntutan siap semata-mata oleh pemaju tanpa pemantauan projek?

Aduan melalui emel juga kepada Menteri KPKT Persekutuan, Ketua Menteri Sarawak, Menteri KPKT Sarawak, Ahli Parlimen Serian pada 2018 juga tidak juga terjawab sehingga kini. Kami dan pembeli-pembeli lain terpaksa mencari cara lain dengan melantik Peguam bagi membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi dengan mengemukakan pelbagai tuntutan terhadap pemaju. Kos lantikan peguam ini pun hampir mencecah RM 4000.00. Itu belum lagi kalau ada rayuan kes, berapa kos lagi perlu ditanggung oleh pembeli seperti kami.

Disini saya sertakan gambar-gambar rumah yang diambil tahun 2017 (bayangkan keadaan tahun 2019) tiada progress semenjak 2016 walaupun peratusannya telah mencapai 95% siap seperti yang dituntut. Masalah antara Pemaju dengan Pemilik tanah (Land Onwer) memberi kesan besar kepada semua Pembeli rumah projek ini dan yang menjadi mangsa adalah Pembeli. Rumah idaman yang diinginkan hanya tinggal kenangan. Kawasan perumahan kini menjadi semak samun dan tiada apa lagi yang nak diharapkan. Sudahlah menanggung kos pembayaran bulanan dan kadar faedah bank/LPPSA, ditambah pula dengan bayaran sewa rumah sekarang.

The post Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkalai appeared first on Aduan Rakyat Online.

Jambatan Kg Teresek, Repek, Pasir Mas Hampir Roboh

$
0
0

Saya mewakili pengguna jambatan Kampung Teresek ingin membuat aduan mengenai kerosakan teruk pada jambatan tersebut.

Jambatan ini menjadi laluan penting kepada penduduk kaum buddha (perkampungan) dan dua buah kampung melayu. Laluan ini adalah laluan harian untuk orang ramai ke sekolah, keluar ke pekan dan lain lain urusan.

Melihat kepada jambatan tersebut, keadaannya amat membimbangkan kerana pagar2 jambatan hampir roboh, berkarat dan dibawahnya terletak sungai. Ia nya sangat bahaya kepada pelajar2 yang berbasikal ketika waktu pagi untuk ke sekolah. Selain itu jambatan ni juga kecil dan hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja.

Jambatan ini memang sedia nampak ‘buruk’ namun baru2 (sebualan lepas) ini tiang2 jambatan tersebut mula tercabut. Hampir sebulan kejadian ini berlaku namun tiada inisiatif ataupun tindakan dari pihak berwajib.

Saya berharap usaha saya ini mendapat pertimbangan dari mana mana pihak untuk keselamatan kami bersama.

Sekian terima kasih

The post Jambatan Kg Teresek, Repek, Pasir Mas Hampir Roboh appeared first on Aduan Rakyat Online.

Parking di HUKM Terlalu Mahal

$
0
0

Berdasarkan perkara di atas, saya ingin membuat permohonan agar kadar parking di HUKM (bermuda 1 March 2019) dapat di kurangkan. Berdasarkan gambar di bawah, kadar baru adalah sebanyak rm3 setiap 1jam. Ini bermakna, saya terpaksa menanggung rm15 (untuk 5jam) bagi setiap lawatan / temujanji doktor di HUKM.

Berbanding dahulu rm5 (rm1 bagi 1jam). Lihat foto di bawah.

Saya sangat terkilan atas FAKTOR apa menyebabkan kadar parking bertambah, sedangkan kemudahan masih sama. Bukan nya ada pertambahan baharu, seperti contoh, Lift, tangga automatik (escalator), dan laluan berbumbung. Keadaan masih sama seperti kadar lama.

Saya harap pihak tuan dapat memperjuangkan nasib rakyat terutamanya rakyat bandar tun razak kerana kami mengundi anda demi kesenangan / kemudahan pihak rakyat bandar tun razak.

Saya juga berharap pihak tuan dapat menuntut pihak HUKM agar memberi penjelasan bagi perkara ini. Jika ini melibatkan tender (terbuka/tertutup), adalah perlu untuk pihak tuan meneliti kertas “bid evaluation” oleh pihak HUKM agar tiada unsur-unsur pecah amanah dan rasuah dalam hal ini.

Di harap tuan dapat membantu secepat mungkin.
Hospital adalah satu keperluan RAKYAT.
Kepada Allah swt kami berserah.

Yang benar,
Pemuda Bandar Tun Razak

The post Parking di HUKM Terlalu Mahal appeared first on Aduan Rakyat Online.


Kenaikan Elaun PPMS Kemas

$
0
0

Mohon kerajaan semak semula elaun saguhati buat ppms kemas. Hanya RM500 diberikan setiap bulan tetapi kami berkerja sama seperti yg lain. Kerja dari jam6.00 pagi sehingga jam 2 petang iaitu selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu. Pada cuti sekolah kami kena kerja juga.

Fokus kerja kami memerlukan komitmen tinggi. Nama saja SUKARELAWAN tetapi tak boleh bercuti tanpa sebab. Cuti tahunan 7 hari setahun. Dan jika ingin cuti kena sedia pengganti pada hr cuti tersebut. Dan pengganti kena bayar rm20 sehari.

Apabila guru tabika ada masalah tidak dapat hadir bertugas, kami kena ganti guru tersebut menjaga kanak2 dan dalam masa sa terpaksa menyediakan makanan kanak2 juga. Kerja kami tiada duduknya..tiada rehat sehingga jam2. Tapi elaun saguhati hanya setakat RM500. Dalam sebulan dapat lagi kah menampung perbelanjaan seharian keluarga. Mana lagi yang ada anak kecil. Ibu tunggal lagi. Sudahlah kena fokus 100% pada kerja, bila ada program kemas wajib hadirkan diri. KWSP pun tiada. Bayangkan ada yang pernah menjadi ppms selama 27tahun.. Tapi masa depan beliau untuk bersara sangat gelap kerana tiada kwspuntuk masa tua.

Harap sangat ppms diberi kenaikan dan pelarasan gaji minimum rm1100 sebulan yang telah dijanjikan oleh kerajaan dan ada potongan kwsp.

The post Kenaikan Elaun PPMS Kemas appeared first on Aduan Rakyat Online.

Keadaan Tasik Chini Yang Semakin Tercemar

$
0
0

Tasik Chini ialah Rizab Biosfera UNESCO sejak tahun 2009. Maklumat yang lebih terperinci boleh diperolehi di URL ini: http://www.unesco.org/new/en/natural-sciences/environment/ecological-sciences/biosphere-reserves/asia-and-the-pacific/malaysia/tasik-chini/

Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO ini semakin mengalami degredasi pada tahap yang amat membimbangkan. Audit oleh UNESCO terhadap Rizab Biosfera Tasik Chini akan berlangsung pada tahun 2019 ini. Tahap degredasi alam sekitar yang dialami oleh Tasik Chini pada masa ini boleh mengakibatkan Malaysia kehilangan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera UNESCO.

Malaysia hanya mempunyai dua sahaja Rizab Biosfera UNESCO iaitu Tasik Chini dan Banjaran Crocker di Sabah. Kehilangan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera UNESCO boleh menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia akan dianggap sebagai sebuah negara yang tidak memperdulikan alam sekitarnya dan ini bukan sahaja akan memberikan kesan dari segi alam sekitar (pencemaran alam semulajadi dan kesihatan manusia) dan sosial (imej negara) malah ke atas politik (hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara lain) dan ekonomi negara (hubungan/imbangan perdagangan antara Malaysia dan negara lain).

Justeru itu, sebagai seorang penyelidik bidang alam sekitar dan mewakili Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM yang amat prihatin terhadap keadaan semasa Tasik Chini, saya ingin menjemput pihak TV3 supaya turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada usaha untuk menghentikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan aktiviti pencemaran ke atas Tasik Chini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bersama-sama emel ini saya lampirkan berita-berita terkini di akhbar yang melaporkan keadaan Tasik Chini yang semakin tercemar oleh aktiviti-aktiviti yang tidak bertanggungjawab/mesra alam di kawasan Tasik Chini.

Saya mengalu-alukan maklum balas daripada pihak TV3. Segala bentuk kerjasama yang dapat dihulurkan oleh pihak TV3 untuk membantu menangani isu ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam,
Mashitoh Yaacob
Penyelidik PPTC UKM

The post Keadaan Tasik Chini Yang Semakin Tercemar appeared first on Aduan Rakyat Online.

Jangan Tutup Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mewakili ibubapa yang menghantar anak ke Sekolah Rendah Umar Abdul Aziz yang bertempat di dalam Masjid Negara KL memohon dan merayu kepada pihak kerajaan Malaysia untuk selamatkan sekolah anak-anak kami dari di tutup.

2. Kami selaku ibu bapa bagi anak-anak yang belajar agama di sekolah tersebut MEMBANTAH keputusan tersebut yang dilihat tidak adil kepada anak-anak untuk mempelajari ilmu agama. mereka telah lama mengikuti sekolah agama di Masjid Negara. Bagaimana sebuah sekolah agama boleh dibiarkan ditutup tanpa diselesaikan mengikut cara yang betul? Bagaimana nasib anak-anak kami?.bukan satu benda yang senang untuk mencari sekolah agama yang lain disekitar disebabkan bilangan sekolah yang terhad untuk menampung bilangan pelajar yang ramai.

3. Pelbagai usaha dilakukan oleh wakil ibubapa untuk memperjuangkan isu ini supaya sekolah agama ini dapat dikekalkan dan nasib anak-anak kami terbela tetapi dipandang sepi oleh semua pihak. Masa semakin suntuk dan harapan kami amat tinggi agar pihak tuan dapat mengetengahkan isu penutupan sekolah agama kami agar mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak-pihak yang terbabit.

4. Akhir kata harapan kami agar perhatian dan rintihan kami di ambil berat oleh semua pihak demi masa depan anak-anak kami yang beragama Islam. sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ibubapa pelajar
Sekolah Rendah Umar Abdul Aziz
Masjid Negara KL

The post Jangan Tutup Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz appeared first on Aduan Rakyat Online.

Perlu Penyelesaian Masalah Air di Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada aduan rakyat kerana menyediakan platform ini untuk kami membuat aduan.

Saya mewakili rakyat di kawasan Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai Kedah Darul Aman ingin menarik perhatian pihak aduan rakyat berkaitan masalah air yang telah kami hadapi selama ini.

Untuk makluman, setiap tahun perkara yang sama berlaku apabila tiba musim kemarau. Namun, apa yang saya harapkan ada tindakan jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah untuk menyelesaikan masalah air di kawasan ini. Tindakan jangka pendek telah dibuat dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran air melalui lori terus ke rumah-rumah. Saya difahamkan bahawa loji tapisan air di Tupah menunjukkan bacaan isipadu air yang kurang menjelang musim kemarau. Namun, tindakan segera perlu dilakukan oleh kerajaan negeri memandangkan isu ini sudah lama berlaku tetapi masih belum selesai dan melibatkan keperluan asas kepada semua penduduk.

Bagi saya, kerajaan negeri tidak perlu mencanangkan projek mega yang bakal dilaksanakan yang melibatkan jutaan ringgit, namun nasib rakyat marhaen seperti kami tidak dibela.Keperluan asas tidak dipenuhi.Apa yang kami perlukan adalah penyelesaian kepada masalah air kami. Janji demi janji telah ditaburkan oleh wakil rakyat .Namun, tiada tindakan jangka panjang yang dapat dilihat untuk masalah ini.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengambil tindakan segera terhadap masalah yang membelenggu kami sehingga ke hari ini.

Sekian, terima kasih.

– aziyah

The post Perlu Penyelesaian Masalah Air di Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai appeared first on Aduan Rakyat Online.

Pencemaran Udara: Aduan Bau Busuk di Pasir Gudang

$
0
0

Salam Sejahtera,

Dengan ini saya ingin mengadu kepada pihak Aduan Rakyat berkaitan dengan pencemaran bau busuk di kawasan sekitar tempat kerja.

Saya bekerja di syarikat Slag Cement (Southern) Sdn Bhd lebih dari 10 tahun, ini adalah kali pertama saya menghidu bau yang busuk dan sangat kurang menyenangkan. Kawasan saya bekerja terletak kira-kira 50 meter dari kilang tersebut.

Bau ini telah berlarutan selama 5 minggu dan sehingga hari ini masih boleh dihidu oleh saya dan rakan-rakan sekerja.

Saya khuatir bau busuk ini akan memberi kesan keatas kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang. Sepanjang saya menghidu bau ini, saya mengalami simptom-simptom seperti, loya, pening, mengantuk dan perit hidung.

Pihak syarikat kami telah membuat aduan kepada Lembaga Pelabuhan Johor (Johor Port) dan mengikut siasatan, mereka mendapati bau ini telah dikeluarkan oleh syarikat seperti di bawah.

Pihak Johor Port menasihati kami untuk memanjangkan aduan ini kepada pihak berkuasa tempatan ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang).

Kemudian pihak syarikat kami telah menghantar aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan sehingga kini tiada tindakan susulan diambil dari pihak berkenaan.

Secara peribadi saya dan rakan telah menghantar aduan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 14/03/2019 No. Aduan 910162 dan 284287 masih tiada tindakan lanjut dari pihak berkenaan.

Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah mengambil inisiatif untuk membuat tinjauan dan mendapati kilang tersebut yang mengeluarkan bau busuk yang sama.

Disertakan foto kilang tersebut untuk makluman pihak tuan.

Di harap pihak Aduan Rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin bagi mengekalkan kualiti udara yang sihat kepada kita semua.

Pihak Aduan Rakyat boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Sekian terima Kasih

– L

The post Pencemaran Udara: Aduan Bau Busuk di Pasir Gudang appeared first on Aduan Rakyat Online.

Teraniaya Dengan Kadar Caj Air Melampau Pihak SYABAS

$
0
0

Saya ingin melaporkan akan masalah yang berlaku di Pangsapuri Sri Mutiara, Taman Ukay Bistari yang merasa teraniaya dengan Pihak SYABAS.

Pihak SYABAS telah mengenakan caj yang melampau terhadap penggunaan air di sini. Caj dan kod takrif air yang di kenakan adalah tidak bersesuaian langsung terhadap kawasan PPR.

Pangsapuri ini telah di migrasi sepenuhnya oleh pihak Syabas dan semua penduduk memiliki meter individu Syabas sendiri di bawah kod takrif 10 (Domestik). Manakala pihak Badan Pengurusan pula membayar caj meter pukal Syabas bertakrif kod 11 (Industri).Pihak Badan Pengurusan ini juga adalah penduduk di sini dan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran yang berkaitan bangunan. Oleh itu boleh di katakan kami adalah wakil kepada penduduk.

Persoalannya adalah caj air yang di kenakan kepada setiap unit telah di migrasi oleh SYABAS di sini adalah RM 0.57 dan di bayar terus kepada Pihak SYABAS. Tetapi mengapa pula pihak Badan Pengurusan yang menguruskan meter pukal bangunan terpaksa menanggung caj untuk industri (Kod Takrif 11) ? Walhal kami adalah satu projek PPR (Pangsapuri Kos Rendah) yang mempunyai kod takrif sendiri iaitu kod takrif 18. Sepatutnya kami di kenakan caj RM 0.80 bagi setiap penggunaan air di sini.

Walaupun pihak Badan Pengurusan yang akan terkesan daripada tindakan SYABAS ini tetapi harus di fikirkan bahawa wang untuk membayar semua caj air dari meter pukal adalah daripada wang yang di terima terus dari wang penyelenggaraan penduduk di sini.

Justeru itu kami merasa terbeban dengan caj yang di kenakan kerana penggunaan meter pukal itu di gunakan hanya kepada pihak Surau, tempat sampah dan beberapa batang paip sahaja tetapi kami terpaksa menanggung pembayaran bulanan hampir RM 3,000 tanpa gagal. Agak merungsingkan kerana kami juga mempunyai hutang piutang yang lain harus di selesaikan.Sedangkan wang kutipan caj penyelenggaraan adalah tidak memberangsangkan.

Kerisauan kami di sini adalah apabila kami sudah tidak mampu untuk membayar lagi dan secara otomatiknya akan berlaku permotongan bekalan air dari pihak terlibat. Kerugian adalah kepada penduduk sendiri kerana meter pukal yang akan di potong bekalannya.

Justeru itu saya ingin meminta kepada sesiapa yang boleh membantu kami dalam menyelesaikan masalah kami ini kerana kami merasa teraniaya dan terbeban dengan tindakan pihak terbabit.

Kami sudah tidak tahu kepada siapa lagi perlu di adukan masalah ini kerana seperti tiada jawapan pasti daripada mana-mana jabatan yang terlibat setelah kami ajukan masalah ini kepada mereka.

Kami berharap ada pihak yang dapat membantu kami setelah di adukan di sini.

Sekian Terima Kasih,

JMB Pangsapuri Sri Mutiara,
Taman Ukay Bistari

The post Teraniaya Dengan Kadar Caj Air Melampau Pihak SYABAS appeared first on Aduan Rakyat Online.

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Terbiar Usang

$
0
0

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera

Saya sebagai masyarakat perihatin ingin meminta perhatian YB Menteri berkenaan tentang isu Rumah Iklim Sederhana Empat Musim, di Taman Botani Negara Shah Alam.

Untuk makluman YBM, Rumah Empat Musim telah ditubuhkan sekian lama hasil ilham dan cetusan idea daripada YAB Tun Mahathir Mohamad demi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai suasana empat musim. Selain itu, Rumah Empat Musim juga memberi satu pengalaman yang berharga kepada rakyat Malaysia dengan keindahan pokok-pokok sebenar yang ditanam seperti di luar negara. Untuk makluman YBM juga, pokok-pokok di dalam Rumah Iklim sebenarnya tumbuh seiring dengan pertukaran musim sejuk, bunga, panas dan luruh hampir bertahun lamanya seperti di negara-negara empat musim. Penubuhan Rumah Empat Musim juga adalah bertujuan bagi memberi pendidikan dari segi botanikal serta sistem teknikal dan kejuruteraan. Rumah Empat Musim sentiasa menjadi tarikan kerana keistimewaannya ini tiada di negara lain. The only one orang kata.

Setelah berpuluh tahun berlalu, keadaan Rumah Iklim sangat menyedihkan kini dengan keadaan bangunan yang tidak diselenggara serta pokok-pokok tidak diurus dengan baik oleh pihak Taman Botani. Untuk makluman YBM, kini Rumah Iklim ditutup kerana masalah bekalan elektrik dan tiada ‘back up’ bagi membekal tenaga elektrik yang cukup kepada Rumah Iklim. Jika keadaan ini berlarutan, mungkin akan memberi kesan kepada pokok yang sedia ada dan sedih untuk saya ungkapkan mungkin tempat ini akan ditutup selama-lamanya.

Justeru, tiada lagi tempat untuk rakyat marhein yang kurang berkemampuan merasai suasana seperti luar negara bilamana Rumah Empat Musim ini ditutup. Buat pengetahuan YBM juga Rumah Empat Musim ini pernah diiktiraf di dalam Malaysian Book of Record. Namun nasib Rumah Iklim ini ibarat hidup segan mati tak mahu disebabkan kelalaian dan ketidak sungguhan Taman Botani menguruskannya. Perkara ini sangat memalukan dan tidak masuk akal.

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Luar

Menjadi persoalan adakah penutupan Rumah Empat Musim ini berkaitan dengan pemotongan bajet di pihak kementerian atau masalah dalaman pengurusan di pihak Taman Botani? Belum lagi setahun pemerintahan kerajaan baru, pelbagai masalah telah berlaku. Inikah janji perubahan untuk Malaysia baru yang dilaungkan semasa PRU lalu?

Besar harapan saya untuk melihat satu-satunya khazanah yang ada ini dipelihara dan dijaga dengan baik demi terus menjadi tarikan masyarakat Malaysia dan pelancong. Perhatian dan tindakan dari YBM amatlah diharapkan. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih. SELAMATKANLAH RUMAH IKLIM DEMI KELESTARIAN PELANCONGAN NEGARA.

– Rakyat Perihatin

The post Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Terbiar Usang appeared first on Aduan Rakyat Online.


Perlombongan Pasir Haram di Kampung Pulau Jawa, Pekan

$
0
0

Perlombongan Pasir Haram di Kampung Pulau Jawa, Pekan

Salam dan selamat sejahtera, saya ingin menarik perhatian semua pihak berkenaan dengan email saya ini. Saya adalah penduduk Kampung Pulau Jawa. Saya telah dilahirkan dan dibesarkan di kampung ini. Kampung Pulau Jawa ini terletak di persisiran Sungai Pahang dan hampir dengan muka kuala Sungai Pahang. Penduduk kampung ini mempunyai hubungan yang erat sesama penduduk,kami ibarat keluarga yang besar. Hubungan yang erat ini membuatkan kami merasakan masalah yang akan saya kemukakan ini dalah masalah bersama.

Tujuan utama saya tergerak hati untuk mengirimkan email ini adalah kerana desakan daripada penduduk kampung ini sendiri apabila saban hari kami dapat melihat kerakusan sesetengah pihak yang menjalankan perlombongan pasir di hadapan mata kami. Hari demi hari operasi perlombongan yang dijalankan tanpa henti siang dan malam telah merosakkan suasana kampung yang sebelum ini terpelihara.

Kampung Pulau Jawa ini juga berhampiran dengan beberapa pulau kecil. Di atas pulau-pulau kecil ini lah telah berlakunya kegiatan perlombogan pasir haram. Saya percaya mereka menjalankan aktiviti ini TANPA SEBARANG KELULUSAN PERMIT YANG SAH. Mereka juga terdiri daripada beberapa pengusaha yang berlainan.Dalam masa satu bulan mereka telah menggondolkan pulau-pulau kecil ini dengan cepatnya. Pulau yang dulunya hijau kini sudah memutih dengan bukit-bukit pasir. Jika anda dalam perjalan ke Bandar Pekan melalui jambatan Sungai Pahang, anda semua pasti akan dapat melihatnya dengan jelas. Kesannya amat dasyat!

Perlombongan Pasir Haram di Kampung Pulau Jawa, Pekan

Disini ingin saya mengetengahkan beberapa kesan buruk hasil daripada kegiatan perlombongan haram ini.

Kegiatan perlombongan ini secara langsung telah merosakkan eko-sistem di sungai kampung kami. Keadaan sungai juga menjadi cetek dan keruh. Banyak kegiatan dan aktiviti perikanan penduduk yang terjejas akibat daripada pelombongan ini. Sebahagian penduduk kampung mendapat punca rezeki daripada hasil sungai, seperti merawai,memancing, memukat, menjaring dan menjala. Kini mereka tidak lagi dapat berbuat demikian kerana semua habitat sungai ini telah terganggu. Ini telah membuatkan penduduk kampung hilang punca pendapatan mereka.

Mereka juga telah mengganggu aktiviti penternakan milik penduduk yang ditempatkan di atas kawasan-kawasan pulau yang berhampiran. Binatang ternakan seperti kerbau yang berada di atas pulau tersebut sudah kehilanggan tempat tinggal dan sumber makanan secara total. Tiada lagi pokok-pokok dan tumbuhan yang hidup di atas pulau itu. Ternakan itu terpaksa di pindahkan keluar dari pulau tersebut. Ini telah melibatkan kos yang besar kepada penternak terbabit dan mereka terpaksa mencari kawasan ternakan yang baru.

Kegiatan perlombongan ini juga telah menyebabkan hakisan tebing berlaku. Ini telah menimbulkan rasa kebimbangan yang tinggi kepada penduduk kampung mengenai keselamatan tempat tinggal mereka. Ini kerana kebanyakkan kediaman penduduk kampung dibina berhampiran dengan sungai. Hakisan tebing sungai juga menyebabkan rumah mereka semakin hampir dengan sungai.

Aktiviti perlombongan yang dilakukan siang dan malam tanpa henti ini menyebabkan pencemaran bunyi. Jentera-jentera jengkaut dan pam-pam pasir mereka mengeluarkan bunyi yang kuat. Bunyi ini telah menimbulkan keadaan yang tidak selesa terutamanya pada waktu malam. Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan sebelum ini yang aman damai yang hanya ditemani dengan bunyi cengkerik di waktu malam.

Untuk makluman semua, pengusaha lombong pasir ini menggunakan pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah. Ini kerana ada ketikanya,apabila saya membuat rondaan dengan menggunakan bot peribadi saya,mereka kelihatan seperti dalam ketakutan dan melarikan diri untuk bersembunyi.

Saya dan penduduk kampung telah pun membuat beberapa aduan mengenai perkara ini. Namun ianya ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada sebarang tindakan susulan dari pihak berwajib. Alasan yang mereka selalu berikan adalah “kawasan perlombongan tersebut adalah hakmilik KDYMM SULTAN PAHANG” dan mereka menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memberhentikan operasi. Jika benar kawasan perlombongan ini adalah hak milik baginda, pasti baginda akan melakukannya dengan cara yang sah dan sudah tentu tidak akan terlibat sama sekali dengan aktiviti perlombongan haram ini.

Apa yang menggusarkan kami ialah pengusaha-pengusaha lombong pasir ini hanya menggunakan atau menjual nama KDYMM SULTAN PAHANG sebagai alasan untuk memasuki kawasan tersebut dan menjalankan kegiatan perlombogan pasir secara haram. Kami yakin, KDYMM SULTAN PAHANG tidak akan sama sekali menyusahkan rakyat Negeri Pahang. Baginda adalah seorang yang sangat perihatin dan sentiasa mengambil berat dengan masalah rakyat jelata.

Kami penduduk kampung memohon agar kegiatan perlombongan pasir haram ini perlu diberhentikan serta merta bagi mengembalikan dan mengekalkan keadaan dan keindahan alam sekitar kampung pulau jawa semula. Kami berharap tindakan susulan perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkaitan selepas menerima email ini tanpa sebarang prejudis. Kami juga berharap, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan serta merta.

Bersama ini saya ada sertakan beberapa keping gambar keadaan di lokasi perlombongan tersebut.

Sekian terima kasih.

The post Perlombongan Pasir Haram di Kampung Pulau Jawa, Pekan appeared first on Aduan Rakyat Online.

Kerana Musang King, Penduduk Raub Terputus Bekalan Air

$
0
0

Saya mewakili penduduk Raub, Pahang ingin membuat aduan terhadap kawasan Pamah Lebar yang dipercayai dibangunkan bagi tujuan pertanian, menyebabkan berlaku gangguan bekalan air bersih sekiranya cuaca hujan. Beberapa siri aduan telah dibuat kepada pihak berkepentingan, namun masih belum ketemu jalan penyelesaian terbaik.

Sungai yang menjadi punca utama warga Raub dicemari oleh tanah- tanah yang memasuki aliran sungai tersebut sekali gus menyebabkan warnanya tidak ubah seperti teh ais.

Airnya yang keruh menyebabkan dua loji penapisan berhampiran iaitu Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Bilut tidak dapat menapis serta merawat air untuk disalurkan. Akibatnya penduduk terpaksa menghadapi masalah terputus bekalan air hampir setiap hari terutamanya apabila hujan melanda.

Saya difahamkan, sekiranya unit kekeruhan air mentah (NTU) melebihi 1,000, maka loji-loji tersebut tidak boleh memproses air mentah tersebut.

Masalah ini akan menjadi semakin parah sekiranya berlaku hujan lebat yang mengakibatkan air sungai mencapai kadar sehingga 3,000 NTU. Ini kerana hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan yang dibangunkan itu memasuki sungai dan menjadi lumpur.

Jadi loji terpaksa ditutup seketika apabila hujan melanda dan keadaan semakin parah sekiranya negara sedang berhadapan dengan musim tengkujuh, menyebabkan kami terputus bekalan air seminggu lamanya. Masalah ini agak kritikal sejak tiga tahun lepas.

Saya juga difahamkan, kawasan pertanian ini adalah milik Kerajaan Pahang yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) bagi tujuan pertanian durian Musang King.

Untuk makluman pihak Aduan Rakyat, Pamah Lebar terletak bersebelahan dengan hutan simpan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air. Saya difahamkan, dari tinjauan udara, ada berlaku pencemaran air kerana mereka sedang membuat pembersihan hutan di kawasan tersebut. Tanah- tanah akan turun memasuki sungai.

Menurut maklumat yang saya terima, kawasan itu mempunyai kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Oleh itu, saya mewakili penduduk di daerah Raub, Pahang amat berharap sekiranya pihak AduanRakyat dapat membuat liputan tentang permasalahan rakyat Raub ini. DISEBABKAN KEUNTUNGAN PIHAK YANG SEGELINTIR, KEBAJIKAN RAKYAT TERBANYAK TERPAKSA DIKORBANKAN.

Sekian aduan saya, terima kasih.

-Joe

Gambar: Berita Harian

The post Kerana Musang King, Penduduk Raub Terputus Bekalan Air appeared first on Aduan Rakyat Online.

DDKOIN (DDK) Sebuah Penipuan?

$
0
0

Sinopsis Sejarah DDKOIN (DDK)

1. Feb 2016 – 1st launching produk DNC under Dinardirham.

2. April 2016 – June 2018 – semua aktiviti yg melibatkan DNC berjalan lancar iaitu – setiap bln SH dpt hibah 10% melalui wallet ETPS

3. June 2018 – bermula proses migration DNC ke DDK yg mana SH tidak diberi pilihan samada nk ambil semula duit mereka yg tamat kontrak atau ikut migrasi ke DDK platform.

4. Tutup sistem pada 8 June 2018 utk migrasi data dari ETPS ke DDK (server-blockchain).

5. Sambung sistem dijangka 2 (dua minggu) dari 8 June 2018…tetapi tidak jadi kenyataan.

6. Kena lalui 6 fasa migrasi serta prosesnya dan akhirnya 1st Grand Launching dibuat Di Sabah di Sutera Magellan Hotel pada 31 Ogos 2018. Sistem dibuka untuk sejam sahaja sebab masih tidak stabil.

7. Dijangka sistem dibuka pada 16 September 2018 tetapi masih gagal juga. Ditunda pada Oktober 2018.

8. DDK platform dikemaskini pada 24/9/2018- (Admin code: DDKBetaLaunch). Kod perlu digunakan untuk cipta passphrase di platform. Passphrase dipilih sebagai “BETA LAUNCH” untuk menunjukkan ianya akhirnya rasmi untuk SH guna namun terbatas.

9. Boleh buat pengundian utk kali pertama pada 4 Oktober 2018 tetapi tidak semua boleh buat sebab congestion dalam system yg dibuat dimana ada 180,000 stakeholder dan 1,700,000 ddkoin dalam kitaran.

10. 5/10/2018 – 1st Time LOGIN dibenarkan dengan kod yg tertentu.

11. Pelaksanaan kafka dibuat pada awal November 2018 untuk menampung trafik yang teruk dan sistem yang tidak stabil.

12. Kod utk Vote: U+FDFD ditukar lagi pada 17/10/2018.

13. Developer Conference bersama TD/Developer dan Management berlangsung di Singapura pd 24 Nov 2018 dan dijanjikan proses migrasi akan berakhir pada 28 December 2018 dan jaminan dari Developer sendiri iaitu sistem boleh beroperasi macam biasa, akan tetapi gagal dipenuhi.

14. Perjumpaan ahli Legacy di Blockspace pada 27 Nov 2018 utk menuntut janji dan dijanjikan system akan siap pd 28 December 2018 dan gagal lagi.

15. DDK Multiple Node (Testnet) beroperasi 27/12/2018. SH diminta untuk uji platform tersebut. DDK23 31.28.161.181: http://31.28.161.181:7000/login

16. Main-Net yang dah boleh buat voting kepada yang mempunyai kod dibuka pada 30/12/2018. Passphrase boleh digunakan untuk melihat aset.

17. Jemputan SH dari group Legacy utk Majlis Apresiasi di Blockspace, management takut dan tidak menghadirkan diri.

18. Komitmen management dijadual sistem akan dibuka pada awal Januari 2019 pun masih gagal.

19. Forum bersama Voice of Stake Holder dan menjemput pihak management bagi berhujah pasal hal ini di Lembaga Getah Malaysia pd 5 Feb 2019… juga tidak dihadiri atas alasan tidak dijemput secara rasmi. VoSH terus membuat tuntutan dengan PPIM dan dengan cara mereka.

20. Mainnet di tukar kepada testnet semula. Sistem dibenarkan untuk vote tapi kod perlu diminta daripada TD yang dekat dengan management. 14/2/2019 [Pre-Production – Test-Net Links] :- 🔑 Admin Code Test-Net : vote. 👉 preproduction1.ddkoin.com —- 104.248.153.125

21. Pada tarikh-tarikh ini (21/2/2019, 22/2/2019, 27/2/2019, 1/3/2019, 6/3/2019), management memkalumkan platform DDK boleh digunakan, namun kod rahsia di bekalkan secara berkala kepada SH. Ini kerana platform tak boleh tampung pengguna yang ramai (>200 pengguna) pada satu-satu masa. Hal ini menyebabkan ada TD yang menerima reward manakala SH belum pun sempat buat undian pertama.

22. Perjumpaan balas DDK management dan wakil VoSH di Expressionz Profesional Suite di KL juga tiada kesudahan dan tarikh terbaru sistem ini akan berjalan adalah pd 31 Mac 2019.

23. Mngt DDKoin juga gagal menepati janjinya dan menunda kepada awal April 2019 . Malangnya sehingga artikel ini ditulis….sistem ini masih tidak dpt disiapkan dan diarahkan bersabar.

Sekian,

*Pemegang berkepentingan*

*Tindakan ini diambil disebabkan :-*

1. Menyalahkan SH (stakeholder) tidak belajar dan memahami dunia crypto. ( SH mahukan duit hasil pelaburan cth beli kereta …pembeli hanya perlu tahu bawa sahaja)

2. Gagal menyiapkan sistem dalam semua roadmap yang tertulis dikertas putih ddkoin dan semua tarikh yang diberikan:-
2 minggu sahaja

  • 31 Ogos 2018
  • 16 September 2018
  • 2 Oktober 2018
  • Akhir November 2018
  • 28 December 2018
  • Awal Januari 2019
  • minggu kedua Feb 2019
  • Akhir Mac 2019
  • Awal April 2019

3. Mngt Ddkoin sangat sombong dan ego serta memperlekehkan dengan menyembunyikan permasalahan dan tidak memberikan pilihan beli balik aset/ddk yang dibeli dari syarikat . Alasan yang diberikan adalah tidak logik dan tidak masuk akal iaitu bukan praktis yg baik dalam dunia kripto. Tiada ganti rugi dan permaafan yang bersungguh.

4. Mngt memberi fahaman salah dengan mengatakan DNC aset disandarkan dengan emas dan kemudian ditukarkan kpd kripto dan nilai sandaran tanpa memberi ruang dan masa yang secukupnya. Pengasas juga memungut dana yang cukup besar dari SH

5. Kami faham BTC dan ETH mengambil masa yang lama untuk stabil tetapi mereka tidak menggunakan duit SH dalam menjalankan projek mereka Berdasarkan kenyataan diatas, amatlah dikesalkan dengan melambatkan dan melengahkan projek ini walaupun atas sebab apa sekalipun amatlah tidak patut dan salah dari segi undang2.

6. Kebanyakan SH adalah pelabur yang tiada pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kripto. Pihak mngt tidak seharusnya menyalahkan dan mendesak mereka utk menerima segala permasalahan dan kelewatan atas disebabkan kecuaian dan kelalaian mereka.

7. Kami sebagai SH, hilang punca dan peluang dalam menambah pendapatan dgn projek yang asyik tertangguh.

8. Difahamkan, pelaburan ini perlu masa bertenang setiap 6 bulan dan 6 bulan tempoh bertenang yang diberikan sudah berakhir. Jadi dengan ini kami berhak mendapatkan aset kami secara sah dari pengasas syarikat.

9. Untuk makluman, kami SH dimkalumkan bahawa “term and conditions” di kemaskini oleh pihak peguam management ketika platform belum disiapkan. Istilah “force majeur” dibincangkan dengan hangat oleh kami SH di pelbagai media social berkenaan hal ini. Masa pembetulan terma dan syarat oleh pihak management seolah2 telah menduga bahawa platform DDK yang dijanjikan akan mengalami proses yang panjang. Kami di maklumkan tarikh ke tarikh seolah-olah masalah sebenar dirahsiakan. Hal ini dibuktikan dengan sinopsis ETPS-DDK sendiri yang melalui proses2 yang baru setiap kali pengumuman besar di majukan oleh pihak management.

– Azhar

The post DDKOIN (DDK) Sebuah Penipuan? appeared first on Aduan Rakyat Online.

Aduan Kelewatan Projek Prima Rantau

$
0
0

Saya adalah salah seorang pembeli Prima Rantau, ingin membuat aduan tentang PR1MA Rantau yg dijanjikan oleh KPKT & PR1MA akan siap May 2020.

Berdasarkan pemantauan yg dibuat oleh pembeli-pembeli PR1MA Rantau, tidak banyak perubahan yang berlaku selepas lawatan tapak oleh pihak menteri KPKT YB ZURAIDA pada MAC/APRIL tahun ini.

Hasil pemantauan dan juga kami menghubungi pihak kontraktor, mereka mengatakan bahawa mereke belum mendapat bayaran kemajuan (progress claim) dari pihak PR1MA. Ini menyukarkan pihak mereka untuk meneruskan projek ini.

Kami memerlukan bantuan pihak tuan dalam hal ini. Ini kerana rata-rata semua pembeli sudah mula membayar bayaran kemajuan ke pihak bank, ada juga yang sudah mula membayar 100% untuk bayaran bulanan (peminjam LPPSA, kakitangan kerajaan).  Bank telah menyalurkan progress payment, tapi kemanakah duit itu pergi? kenapa tidak disalurkan terus pada kontraktor. Kalau duit disalurkan pada kontraktor maka masalah kelewatan tidak akan timbul sama sekali.

Menteri KPKT berjanji untuk menyiapkan projek pada MAY 2020 sebelum PRK Rantau tempoh hari, tetapi selepas PRK, semua hanya senyap membisu, adakah projek ini juga ingin dipolitikkan? Kami berharap pihak tuan boleh membantu menyelesakan masalah ini.

Sumber gambar: FMT

The post Aduan Kelewatan Projek Prima Rantau appeared first on Aduan Rakyat Online.

Worst Ticketing System at Shah Alam Bus Terminal Seksyen 17

$
0
0
Shah Alam Bus Terminal Seksyen 17

New Terminal 17 Shah Alam were opened to public on 1 May 2019.. It’s meant that almost two months the terminal had being used.. However, the first issue during first opening was how incompetent the management are.. Up to now, I believed the issue was still not resolved.. As a user, I don’t think there is any improvement from my last trip.. There are 4 ticket counters and else are for boarding pass counter..

My issue is, all ticket counter being change to boarding pass counter for online user.. Dalam banyak-banyak kaunter, only two are open for boarding pass and two for ticket counter.. First, I need to change counter.. menjadikan 1 kaunter tiket, 3 for online user… It’s fine.. But, suddenly they change all the counter for online user… WTH? Changing queue makes me to queue back to be the last person.. When it came to my turn.. they asked me to go to the back untuk “bagi laluan” for online user..

I try to respect their staff.. back off and bagi laluan.. then when it comes to my turn, One of their staff suddenly tarik another online user tuk dpatkan tiket dlu.. and it take 5minute for that.. Don’t you pissed off? Almost 45minutes untuk beratur sahaja.. Dua bulan operate.. takkan takde improvement langsung?

Recommendation: Please letak QR code siap2 for online user.. so they don’t need to queue for their boarding pass.. jimat pom jimat.. because they can self print the ticket.. Please help.. because I used the terminal frequently.. I can’t tolerate it anymore.. It piss me off.. I just don’t want to be rude to anyone..

The post Worst Ticketing System at Shah Alam Bus Terminal Seksyen 17 appeared first on Aduan Rakyat Online.

Viewing all 223 articles
Browse latest View live